Tuesday, April 22, 2014

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

(TILAWAH AL-QURAN)
MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Nikmt Kurniaan Allah
  • Iman
  • Islam
  • Akal
  • Kesihatan tubuh badan
Cara bersyukur
Anggota
Cara
Hati
Sentiasa mengingati Allah
Lidah
Mengucapkan alhamdulillah ketika mendapat nikmat
Tubuh Badan
Menggunakan nikmat untuk kebaikan (zakat, sedekah)

Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hud a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
Sebab umat terdahulu dibinasakan
  1. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
  2. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
  3. Melakukan kemungkaran dan maksiat
  4. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
Tugas manusia sebagai khalifah
  • beribadat kepada-Nya
  • menegakkan agama Islam
  • melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
  • Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
  • manusia mesti bersyukur nikmat Allah
  • orang tidak bersyukur diazab Allah
LATIHAN
  1. Nyatakan 2 langkah yang perlu dilakukan supaya nikmat sentiasa bertambah
  2. Nyatakan 2 ikhtibar yang patut diambil oleh generasi kini daripada peristiwa yang menimpa kaum terdahulu 
HADIS
(MAKANAN YANG BAIK)

Ciri makanan yang baik
  • Makanan mengandungi pelbagai zat
  • Dari jenis yang halal menurut syarak
  • Tumbuhan yang halal kecuali yang memudaratkan
  • Haiwan yang halal dan disembelih
Hikmat memilih makanan yang baik
  • Menjaga kesihatan badan
  • Memelihara kewarasan akal
  • Dimakbulkan doa
  • Menjauhi seksaan neraka
Sebab doa tidak dimakbulkan Allah
  • Pengambilan makanan dan minuman yang haram
  • Berpakaian tidak menutup aurat
  • Solat yang dilakukan tidak sempurna
Rukhsah makan dan minum yang haram
  • Terdapat makanan dan minuman yang haram sahaja
  • Makanan dan minuman sekadar menyelamatkan nyawa
  • Makan dan minum bukan untuk kenyang 

AKIDAH
(PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN)

Maksud iman
  • Dari segi bahasa ialah percaya
  • Menurut ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Keperluan iman dalam kehidupan
  • Membentuk insane muslim sejati
  • Supaya istiqamah dalam ibadat
  • Bertanggungjawab dan amanah
  • Melakukan kebaikan
  • Sabar dan redha menghadapi kesusahan
Perkara-perkara yang membatalkan iman
a)       syirik ( syirik jail dan syirik khafi)
  • Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatan)
  • Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala) ia membatalkan iman atau akidah
  • Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat (contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan iman atau akidah.
b)       Kufur (kufur hakikat dan kufur nikmat)
  • kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad.
  • Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)
  • Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
c)       Riddah
  • Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.
  • Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:
CARA
HURAIAN
I’tikad
Berniat hendak meninggalkan agama Islam
Perkataan
Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Perbuatan
Menganut agama selain daripada agama Islam

Kesan daripada perbuatan riddah
  • Hubungan suami isteri terfasakh
  • Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  • Haram dikebumikan diperkuburan Islam
  • Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad
  • Memberi nasihat supaya dia bertaubat
  • Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  • Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
  • Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
  • Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam
  • Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
  • Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam
d)       Khurafat
  • Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat
  • mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
  • mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
  • Membuang ancak bagi menghalau hantu
  • Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.
Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat
  • menyebabkan syirik dan batal imannya
  • membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia
  • menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik
  • masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.
e)       Sihir
  • Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.
Cara mengelakkan daripada terkena sihir
  • Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan allah
  • Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Beribadah dengan ikhlas
f)        Nifak (Munafik)
  • Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada allah.
  • Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.
Akibat buruk munafik
  • Menghilangkan sikap percaya mempercayai
  • Melemahkan perpaduan masyarakat
  • Menghancurkan kekuatan umat Islam
  • Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat
  • Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.
    TINGKATAN 5

    TAJUK : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

    Teknik pengurusan masa secara efektif
    1. Merancang penggunaan masa
    2. Mengurus masa dengan bijak
    3. Menentukan wawasan hidup
    Kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan
    1. Dimuliakan Allah dan rasul
    2. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
    3. Menyumbang ke arah kemajuan negara
    Bekalan untuk hari akhirat
    1. Taqwa
    2. Ikhlas
    3. Melakukan amalan-amalan sunat.
    Pengajaran hadith
    1. Tempoh kehidupan manusia di dunia adalah singkat
    2. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
    3. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan
    4. Seseorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
    Contoh Soalan
    1. Terangkan teknik pengurusan masa secara efektif.
    2. Nyatakan tiga kebaikan pengurusan masa dengan bijak.
    3. Terangkan tiga akibat buruk sifat bertangguh dalam perkerjaan.
    4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.



    TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
    Pengertian wali
    Dari segi bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah
    Dari segi istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya secara zahir dan batin.
    Ciri-ciri orang soleh
    1. Berilmu
    2. Beramal
    3. Berakhlak mulia
    Amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah
    1. Solat sunat
    2. Puasa sunat
    3. Membaca al-Quran
    4. Berzikir
    5. Berdoa

    Kelebihan orang yang melakukan ibadah-ibadah nawafil
    1. Disayangi Allah dan rasul
    2. Berkat kehidupannya
    3. Terpelihara daripada melakukan perkara maksiat
    4. Makbul doa
    5. Mendapat ganjaran pahala dan syurga
    6. Mengecapi kenikmatan beribadah
    Pengajaran hadith
    1. Kekasih Allah ialah mukmin yang banyak melakukan ibadah nawafil.
    2. Orang yang hampir dengan Allah ialah mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
    3. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadaNya.
    Contoh Soalan
    1. Senaraikan ciri-ciri orang yang soleh.
    2. Jelaskan amalan-amaln sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
    3. Nyatakan kelebihan orang yang melakukan ibadat naufal (sunat)
    4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.

    IBADAT

    TINGKATAN 5

    TAJUK : PERKAHWINAN
    Hikmah Perkahwinan Dari Segi Kesihatan
    Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan siplis. Penyakit ini menjejaskan kesihatan dan memusnahkan kehidupan.
    Contoh Soalan
    1. Sebutkan syarat-syarat isteri yang sah dikahwini.
    2. Salah satu hikmah disyariatkan perkahwinan ialah dapat menjamin kesihatan. Jelaskan tiga hujah anda.

    TAJUK : WALI
    Sebab-sebab wali nasab berpindah kepada wali hakim
    1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
    2. Wali akrab tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
    3. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
    4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
    5. Wali sedang dalam ihram
    6. Wali menyembunyikan diri
    7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
    8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
    9. Wali enggan mewalikan
    Contoh Soalan
    1. Siapakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir?
    2. Kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim. Jelaskan 2 daripada sebab tersebut.