Tuesday, April 22, 2014

    TINGKATAN 5

    TAJUK : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

    Teknik pengurusan masa secara efektif
    1. Merancang penggunaan masa
    2. Mengurus masa dengan bijak
    3. Menentukan wawasan hidup
    Kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan
    1. Dimuliakan Allah dan rasul
    2. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
    3. Menyumbang ke arah kemajuan negara
    Bekalan untuk hari akhirat
    1. Taqwa
    2. Ikhlas
    3. Melakukan amalan-amalan sunat.
    Pengajaran hadith
    1. Tempoh kehidupan manusia di dunia adalah singkat
    2. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
    3. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan
    4. Seseorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
    Contoh Soalan
    1. Terangkan teknik pengurusan masa secara efektif.
    2. Nyatakan tiga kebaikan pengurusan masa dengan bijak.
    3. Terangkan tiga akibat buruk sifat bertangguh dalam perkerjaan.
    4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.



    TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
    Pengertian wali
    Dari segi bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah
    Dari segi istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya secara zahir dan batin.
    Ciri-ciri orang soleh
    1. Berilmu
    2. Beramal
    3. Berakhlak mulia
    Amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah
    1. Solat sunat
    2. Puasa sunat
    3. Membaca al-Quran
    4. Berzikir
    5. Berdoa

    Kelebihan orang yang melakukan ibadah-ibadah nawafil
    1. Disayangi Allah dan rasul
    2. Berkat kehidupannya
    3. Terpelihara daripada melakukan perkara maksiat
    4. Makbul doa
    5. Mendapat ganjaran pahala dan syurga
    6. Mengecapi kenikmatan beribadah
    Pengajaran hadith
    1. Kekasih Allah ialah mukmin yang banyak melakukan ibadah nawafil.
    2. Orang yang hampir dengan Allah ialah mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
    3. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadaNya.
    Contoh Soalan
    1. Senaraikan ciri-ciri orang yang soleh.
    2. Jelaskan amalan-amaln sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
    3. Nyatakan kelebihan orang yang melakukan ibadat naufal (sunat)
    4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.

    IBADAT

    TINGKATAN 5

    TAJUK : PERKAHWINAN
    Hikmah Perkahwinan Dari Segi Kesihatan
    Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan siplis. Penyakit ini menjejaskan kesihatan dan memusnahkan kehidupan.
    Contoh Soalan
    1. Sebutkan syarat-syarat isteri yang sah dikahwini.
    2. Salah satu hikmah disyariatkan perkahwinan ialah dapat menjamin kesihatan. Jelaskan tiga hujah anda.

    TAJUK : WALI
    Sebab-sebab wali nasab berpindah kepada wali hakim
    1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
    2. Wali akrab tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
    3. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
    4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
    5. Wali sedang dalam ihram
    6. Wali menyembunyikan diri
    7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
    8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
    9. Wali enggan mewalikan
    Contoh Soalan
    1. Siapakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir?
    2. Kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim. Jelaskan 2 daripada sebab tersebut.

No comments:

Post a Comment